ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

17 October 2017

RESEPI : Waffle



BAHAN-BAHAN :

- 2 biji telur ayam
- 2 cawan susu segar
- 1/3 cawan mentega cair
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN :

1. asingkan telur kuning dan telur putih dalam 2 bekas.
2. campurkan bahan bahan susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas telur kuning. guna mixer dan sebatikan adunan.
3. kemudian, campurkan gula ke dalam bekas putih telur. guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan takkan jatuh)
4. apabila telur putih sudah kental, ambil sikit sikit kaup balikkan perlahan lahan kedalam adunan tepung tadi sehingga habis.
5.sementara itu, panaskan waffle maker terlebih dahulu.
6. guna senduk dan tuangkan ke dalam acuannya, jangan terlalu tebal. tutup penutupnya biarkan sehingga ia cukup masak dan garing bergantung kepada citarasa masing msasing.

sedap dimakan bersama jem, kaya, mentega kacang, aiskrim, madu, coklat dan buah-buahan.

RESEPI : Kek Pisang




RESEPI KEK PISANG
4 biji telur
8 biji pisang emas (7 dilecek 1 untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
¾ cawan minyak jagung/ minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Sedikit garam
Panaskan oven pada suhu 170c (15minit) gris loyang dgn mentega + baking paper. Ayakkan tepung gandum dgn baking powder ketepikan. 7biji pisang dilecek halus dan digaul dgn soda + garam. Pukul telur bersama gula dan esen. Masukkan pisang pukul rata. Masukkan minyak jagung.. Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan dalam loyang (hias hirisan pisang atas kek) turunkan suhu kpd 160c bakar selama 45minit/ sehingga masak. Api atas dan bawah.


RESEPI : Kek Butter Marble

-125g tpg gandum + 1sk baking powder (diayak)
-120g gula castor
-125g butter (cairkan & sejukkan)
-1sb ovalette
-2sb susu pekat manis
-1sk esen vanilla
-4biji telur gred A
-1sb koko powder + 1sb koko emulco

Masukkan telor, ovalette, susu, gula, esen vanilla & tepung. Guna low speed pukul sehingga sebati.. tukar high speed pukul 7-8minit.. last masukkan butter kaup balik gune spatula. Bahagi sedikit adunan untuk letak koko & emulco.. letak dalam loyang hias ikut kretiviti masing2 gune lidi. Oles sedikit mentega pd dasar loyang dan dialas dgn baking paper.. bakar adunan selama 50minit suhu 170c.. bergantung pd suhu oven masing2 (mcm sy suhu 160c 45minit api atas bawah)