Blogger Widgets

ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

17 October 2017

RESEPI : Waffle



BAHAN-BAHAN :

- 2 biji telur ayam
- 2 cawan susu segar
- 1/3 cawan mentega cair
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN :

1. asingkan telur kuning dan telur putih dalam 2 bekas.
2. campurkan bahan bahan susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas telur kuning. guna mixer dan sebatikan adunan.
3. kemudian, campurkan gula ke dalam bekas putih telur. guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan takkan jatuh)
4. apabila telur putih sudah kental, ambil sikit sikit kaup balikkan perlahan lahan kedalam adunan tepung tadi sehingga habis.
5.sementara itu, panaskan waffle maker terlebih dahulu.
6. guna senduk dan tuangkan ke dalam acuannya, jangan terlalu tebal. tutup penutupnya biarkan sehingga ia cukup masak dan garing bergantung kepada citarasa masing msasing.

sedap dimakan bersama jem, kaya, mentega kacang, aiskrim, madu, coklat dan buah-buahan.

RESEPI : Kek Pisang




RESEPI KEK PISANG
4 biji telur
8 biji pisang emas (7 dilecek 1 untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
¾ cawan minyak jagung/ minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Sedikit garam
Panaskan oven pada suhu 170c (15minit) gris loyang dgn mentega + baking paper. Ayakkan tepung gandum dgn baking powder ketepikan. 7biji pisang dilecek halus dan digaul dgn soda + garam. Pukul telur bersama gula dan esen. Masukkan pisang pukul rata. Masukkan minyak jagung.. Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan dalam loyang (hias hirisan pisang atas kek) turunkan suhu kpd 160c bakar selama 45minit/ sehingga masak. Api atas dan bawah.


RESEPI : Kek Butter Marble

-125g tpg gandum + 1sk baking powder (diayak)
-120g gula castor
-125g butter (cairkan & sejukkan)
-1sb ovalette
-2sb susu pekat manis
-1sk esen vanilla
-4biji telur gred A
-1sb koko powder + 1sb koko emulco

Masukkan telor, ovalette, susu, gula, esen vanilla & tepung. Guna low speed pukul sehingga sebati.. tukar high speed pukul 7-8minit.. last masukkan butter kaup balik gune spatula. Bahagi sedikit adunan untuk letak koko & emulco.. letak dalam loyang hias ikut kretiviti masing2 gune lidi. Oles sedikit mentega pd dasar loyang dan dialas dgn baking paper.. bakar adunan selama 50minit suhu 170c.. bergantung pd suhu oven masing2 (mcm sy suhu 160c 45minit api atas bawah)

17 April 2017

RESEPI : semperit/ dahlia susu

Assalamualaikum... setelah sekian lama malam ni nak share resepi semperit/ dahlia susu yang husna try buat dalam masa 2hari ni. alhamdulillah menjadi dengan jayanya... oleh kerana teringin sangat nak makan (x habis habis mengidam) 33w already. o.k jom follow resepi senang ni.. x guna telur yaa.

sebelum dibakar

selepas dibakar

RESEPI SEMPERIT/ DAHLIA SUSU

BAHAN BAHAN :

-250g buttercup
-1/2 tin susu pekat manis (250g)
-1 sudu teh esen vanilla
-400g tepung jagung*
-100g tepung ubi*

 bahan bertanda (*) satukan.

untuk hiasan : coklat chips heat stable

tepung ubi

acuan pecah 15
husna beli kat bakery harga dia dalam RM10.00



CARA PENYEDIAAN :

1.pukul butter bersama susu pekat manis guna mixer speed slow xyah lama sangat nanti dibakar biskut agak kembang. pukul nak bagi sebati je.
2.masukkan tepung ubi dan tepung jagung sedikit sedikit yang telah disatukan. husna kacau pakai senduk kayu.. part last baru uli pakai tangan.
3.sapu butter kat tray.
4.guna acuan pecah 15. bunga dia comel macam dalam gambar.
5.panaskan oven suhu 170C selama 5 minit. masukkan biskut turunkan suhu 160C bakar selama 20-25 minit. suhu bergantung oven masing masing ya. api atas bawah.

selamat mencuba.




24 May 2016

RESEPI : Kek Keju Meleleh 2016

Assalamualaikum...

alhamdulillah... cepatnya masa berlalu. dah 3tahun rupenyer buat jual kek keju meleleh ni walaupun on/ off. malam ni ad mase sikit nak update balik resepi yg husna buat jual ya. sekarang ramai yg duk buat kek keju meleleh untuk jualan... ad yg murah (berbaloi) ad yg org ckp mahal.. (pun berbaloi kalau mahal jangan la duk kondem ya.. kesian kat tuan yg buat tu.. die jual mahal mungkin berpatutan dengan harga barang atau mgkin die cas skali ngn duit minyak untuk penghantaran.. zaman skrg semua kena ambik kire.. semua kena adil,, customer dapat ap yg die mahu.. peniaga pun nk mcm tu) semoga kite semua dimurahkan rezeki lagi dan lagi. Aamiin..

o.k... husna update resepi kek keju meleleh sebelum ni ya.. ad yg diubah semula untuk dapat yg terbaik. mane yg kurang dtg drpd husna sendiri...

RESEPI KEK KEJU MELELEH/ boleh klik SINI untuk rujukan

BAHAN-BAHAN :

UNTUK KEK

-100g tepung gandum (cap ros)*
-60g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette special
-100g gula kastor
-4 biji telur + 2 biji kuning telur (gred A)
-50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75g mentega cair (blh kurangkan jadi 70g xkisah.. sbb husna gune butter main potong je phtu timbang.. dpt dlm 70-75g)
-1 sudu kecil esen vanilla

untuk rujukan

CARA

1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda * (tepung gandum, tepung jagung & baking powder)
2.campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dalam 5minit baru masukkan mentega cair.
(baru2 ni ad je husna try kaedah lain supaya kek jadi gebu naik tinggi.. husna pukul dulu telur sehingga BETUL2 KEMBANG gune speed no.3.. (husna gune stand mixer) masukkan ovalette biarkan sebati.. masukkan air sejuk sikit2 bahagian tepi.. bkn tgh. then, cepat2 masukkan esen vanilla dan gula kastor sikit demi sedikit. pukul sebati.. dan masukkan bahan2 yg telah diayak sedikit demi sedikit gune speed no.1. dah sebati gune speed tinggi no.5 pukul sehingga kembang gebu selama 5minit.. last perlahankan speed 1 balik masukkan mentega cair masukkan sikit2 bahagian tepi juga ya bkn tgh. jgn putar lame nanti adunan cair. pukul agk2 sebati je.. dah boleh letak dalam loyang untuk dibakar)
-cerewet sikit kaedah ni.. terpulang nk ikut yg mane ya.. asal kek menjadi naik gebu. hehe

3.sediakan acuan loyang/ bekas aluminium yg telah dialas dengan baking paper atau yg telah disapu dengan mentega.
4.kemudian bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM  bahan2 

-250g cream cheese (husna guna tatura.. pastikan cream cheese berada disuhu bilik ya sebelum putar)
-120g susu pekat manis (boleh tambah ikut kemanisan yg kite nak.. nak cair mcm mane)
-50ml UHT whipping cream (biasenya untuk kek dalam bekas aluminium tu husna gune 250ml kotak kecil untuk bg meleleh)

o.k 3bahan ni je husna guna
(satukan ketiga-tiga bahan & putar sehingga krim sebati)

UNTUK TOPPING

-1 buku cheese 'HEAT STABLE CHEESE' terbaru husna gune jenis yg mcm dalam gambar.. lg best harga RM70 (2kg)


(dicadang parut halus supaya kek tidak muak ketika makan)

CARA PENYEDIAAN :

1.kek yg telah dimasak tadi sejukkan dulu terbalikkan ats redai kek dan bahagi kepada 2 bahagian gune benang untuk sebiji kek besar. kalau dalam bekas aluminium tu pun husna balikkan dulu ats redai kek pastu potong gune pisau.



2.sapukan krim cheese diatas separuh kek. kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atas.
3.sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4.akhir sekali.. letak keju yg telah diparut tadi sebagai topping.
5.sebelum dimakan masukkan dalam peti ais dalam 1-2jam.

GAMBAR KEK KEJU MELELEH YANG HUSNA BUAT JUAL AREA KEMAMAN.. BEKAS ALUMINIUM SAIZ 8 X 4 RM16

alhamdulillah kek naik gebu bakar suhu 150C selama 45minit api atas bawah

kek yg telah dikeluarkan dri bekas aluminium

potong dua

letak krim keju tengah kek

letak bahagian atas kek

letak krim keju bahagian atas

letak keju parut.. yg dalam bekas kecik kakak punya.. =)

siap.... letak dalam peti... biase buat mlm.. tghri esok siap cod je..

untuk yang nak macam ni husna cas satu huruf 0.25sen..

Husna Bakery Homemade

ALHAMDULILLAH SEKARANG HUSNA ADA BUAT JUAL KEK BUTTER MARBLE.. DOA-DOAKAN YE..

ADA 3 PERISA :
-COKLAT
-PANDAN
-STRAWBERI




JEMPUT LIKE PAGE HUSNA YEE.. TERIMA KASIH =)


27 May 2015

RESEPI : kek coklat moist

Assalamualaikum...

alhamdulillah hari ni genap 4tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri... dan dikurniakan sepasang cahaya mata Nur Hadirah & Muhammad Haris. semoga ikatan yang terbina ini kekal hingga ke akhir hayat. InshaaAllah... semoga dimurahkan rezeki & berbahagia disamping keluarga tersayang. Amin...

sempena anniversary kali ni walaupun tgh sibuk baking kek keju meleleh buat jual... sempat jgk husna godek2 kat dapor... siapkan kek coklat moist.

o.k... yg p.m/ komen nk resepi kek coklat moist husna cuba kongsikan kat sini yee... selamat mencuba =)


RESEPI KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHAN :

-3 biji telur gred A
-1 tin susu cair
-1 sudu teh esen vanilla
-1 1/2 butter (250g + 125g butter)
-2 cawan gula kastor
-1 cawan serbuk koko (diayak)
-2 cawan tepung gandum (diayak)
-1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)

CARA PENYEDIAAN :

1.masukkan butter dalam periuk.. cairkan guna api sederhana.
2.kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.
3.pastu masukkan gula kastor dan esen vanilla.. kacau kesemuanya sehingga sebati dan tutup api. biarkan suam.
4.sementara tu, dalam bekas lain pukul telur guna whisker.. pukul agak2 kembang je. kemudiaan tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi, kacau sebati,
5. pastu lak baru masukkan bahan-bahan yg diayak tadi. masukkan sikit demi sedikit.. kacau sampai semua adunan sebati guna whisker.
6.masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris kan dgn butter (xnk bg kek melekat kat loyang bila diterbalikkan) masukkan paras setengah dari loyang sbb kek ni naik tinggi.
7.tutup penuutup pengukus dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air.. (husna balut tudung pengukus nge kain je). kukus kek sampai masak (1jam) api tak besar sgt dan tak kecik sgt. dan pastikan pengukus dipanaskan dahulu sebelum masukkan adunan kek tadi. 



BAHAN-BAHAN COKLAT GANACHE : 


-300g coklat masakan (husna guna 280g.. guna yg mane ad je)
-150ml whipping cream
-1 sudu besar butter


(cairkan coklat guna kaedah dauble boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut.)

UNTUK HIASAN


TADAAA....
satu untuk anniversary kami

satu lg birthday gift untuk kak long =)


15 April 2015

RESEPI : pulut mangga

Assalamualaikum...

kisah dipagi hari ahad. dapat whatsapp drpd kak long (kakak husna) mintak buatkan pulut mangga ni haa... bila fikir balik. bkn susah pun kan. tanak pulut.. buat sos santan. tu jee... buah mangga tu beli je kat kedai. terus setuju nak buatkan... sebabnya kak long nak sgt mkn... time die nk buat tempahan ngn org selalu je x sempat. cepat je habis. laku ler tuu.. hehe

alhamdulillah... walaupun petame kali buat. menjadi jee... kak long ckp namboh 2pinggan. hehe...


RESEPI PULUT MANGGA

(UNTUK PULUT) :


-3 cawan beras pulut
-3 cawan air
-1 1/2 sudu besar minyak masak
-sedikit garam

(cuci bersih2 beras pulut tu pastu tapis masukkan dalam rice cooker.. masukkan air, minyak masak & sedikit garam. kacau dahulu sehingga sebati.. kemudian tekan ON dan biarkan sehingga masak)

(UNTUK SOS SANTAN) :


-santan (husna beli santan segar RM5)
-air (ikut sukatan santan)
-1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu besar tepung beras
-4 sudu besar gula
-sedikit garam

(masukkan kesemuanya dalam periuk.. santan, air.. (untuk air ikut sukatan santan. santan banyak tu.. air pun banyak tu o.k) tepung jagung, tepung beras, (bancuh tepung jagung dan tepung beras dengan sedikit air didalam bekas lain dahulu.. then baru tuangkan dalam periuk) gula dan sedikit garam.. masak atas api perlahan.. kacau sehingga pekat, mendidih dan sejukkan.)

(UNTUK MANGGA) :


pilih buah mangga yg dah masak ranum.. lg manis lg sedap. kupas dan potong buah mangga mengikut bentuk yang anda suka.